Home Berita PAS Pahang

Khidmat Malaysia hantar beras kepada mangsa banjir Rantau Panjang

25
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

LIPIS, 6 Jan – Sebanyak 750 kampit beras (5kg) sumbangan badan sukarela Khidmat Malaysia (Khidmat.My) kawasan Lipis, Jerantut, dan Raub dihantar kepada mangsa-mangsa banjir Rantau Panjang, Kelantan petang semalam.

Konvoi penghantaran diketuai Penyelaras Khidmat.My Jerantut, Mat Yunus Ismail berlepas dari Dataran Kompleks al-Istiqamah, Kampung Berembang, Lipis diiringi bacaan doa selamat dan upacara flag off oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Roslan Zainal.

Di dalam ucapannya, Ustaz Roslan yang juga Yang Dipertua PAS Lipis merakam ucapan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menyumbang terutama dari sudut kewangan dan beras serta para petugas dan peserta konvoi.

Turut hadir, Pengarah Khidmat.My Pahang, Zafir Taib.