Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang eratkan ukhuwah bersama rakan media arus perdana

64
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN, 4 Jan : “Kita akan jadikan pengamal media ini rakan strategik dalam menyalurkan info serta aktiviti PAS kepada masyarakat,”.

Begitulah antara kata Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Aireroshairi Roslan dalam Majlis Hi-Tea Harian PAS Pahang bersama rakan-rakan media Pahang di sebuah kafe di sini semalam.

Tambahnya lagi, PAS Pahang sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh rakan media arus perdana dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Harapannya semoga hubungan yang baik akan terus terjalin dan dapat menyampaikan apa jua penerangan dari PAS kepada masyarakat.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar yang hadir dalam majlis tersebut berkata, rakan media adalah golongan yang memainkan peranan penting dalam mewarnai politik dalam negara.

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pahang dalam PRU ke-15 adalah sumbangan yang besar dari rakan-rakan media.

Beliau seterusnya mengharapkan agar pertemuan ini dapat memberi manfaat yang lebih baik bukan sahaja kepada PAS dan rakan media malahan juga kepada seluruh rakyat Negeri Pahang.

Sepuluh orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pahang hadir di majlis itu manakala tiga orang adalah Ahli Parlimen Pahang. Mereka meraikan rakan media dari Harakah, Sinar Harian, China Press, Malaysia Gazzet, Utusan Malaysia, MalaysiaKini, New Strait Time, Fikrah, Harian Metro dan beberapa pengamal media Pahang yang lain.