Home Berita PAS Terengganu

Kukuhkan organisasi parti setiap kawasan

18
SHARE

Oleh ; RR

KUALA TERENGGANU – Memperkukuhkan organisasi parti di setiap kawasan merupakan aspek penting dalam menjayakan misi dan visi pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ia melibatkan peningkatan daya kemahiran pengurusan, kerjasama efektif antara ahli parti, dan penyelarasan matlamat sekajar dengan aspirasi kerajaan.

“Pendekatan untuk melestari perjuangan berasaskan prinsip politik matang dan sejahtera harus digerakkan secara bersama di antara Qiadah dan Jundiyyah (pemimpin dan pengikut),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, mengulas mengenai pembentangan dalam program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Muktamar Tahunan ke 69 pada Sabtu lepas.

Menurutnya, untuk mematangkan skill politik, pertamanya penting untuk memahami isu-isu utama yang dihadapi oleh masyarakat.

“Mematangkan skill politik bagi menarik lebih ramai sokongan,” katanya.

Beliau menambah, komunikasi yang jelas, strategi penyampaian idea yang berkesan, dan kesediaan untuk mendengar pandangan orang ramai adalah aspek penting.