Home Berita PAS Sabah

Konvensyen PAS Sabah tumpu agenda Adil, Prihatin, Berkebajikan

38
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
02 Januari 2024

Kota Kinabalu: Konvensyen PAS Sabah merupakan suatu program tahunan bagi ahli PAS di semua peringkat untuk menghadam Ucaptema Presiden dalam Muktamar PAS Pusat setiap tahun.

Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Dr Aliakbar Gulasan berkata Konvensyen ini untuk menyampaikan kandungan, misi, objektif dan juga falsafah daripada Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan Adil, Prihatin dan Berkebajikan.

“Tema Adil, Prihatin dan Berkebajikan ini perlu difahami dan dilaksanakan di setiap peringkat kepimpinan dan ahli PAS Sabah khususnya,” tegas Dr Aliakbar ketika menyampaikan ucapan penangguhan Konvensyen PAS Sabah di Dewan USIA Kota Kinabalu, semalam.

Dalam Konvensyen tersebut, Dr Aliakbar memperkenalkan barisan pimpinan utama PAS Sabah yang terdiri daripada anak jati Sabah dan berlatar belakang profesional.

Antara barisan pimpinan utama PAS Sabah yang turut hadir dalam Konvensyen tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Haji Ahmad bin Dullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS 2, Ustaz Rafihi Wasihim Albanjari, Timbalan Pesuruhjaya PAS 3, Dr Afifi Saif, Setiausaha, Sahar bin Abd Majid, Bendahari dan Ketua Penerangan, Mustaman bin Mustain.

Dr. Aliakbar yang juga ADUN Sabah (Dilantik) menyeru agar semua ahli PAS terus mendekati masyarakat yang pelbagai kaum dan pelbagai agama khususnya di Sabah.