Home Berita PAS Terengganu

Dedahkan anak-anak dengan syiar islam

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Untuk mengisi masa cuti sekolah, WAJA dan Ameerah DUN Batu Buruk telah berkolaborasi mengadakan program untuk mendedahkan kepada syiar Islam.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Kem Anak Soleh Mumtaz 2.0 untuk pelajar – pelajar sekolah rendah manfaatkan masa cuti sekolah.

” Mereka dapat meluangkan masa dengan pelbagai program seperti hafazan Al-Qur’an surah-surah tertentu dan juga program untuk memperelokkan ibadah, akhlak dengan ibu bapa, orang tua dan lain-lain lagilah.

” Jadi program ini kita ada setiap tahun, insya-Allah kita akan ada lagilah pada tahun-tahun yang berikutnya, terima kasih.,” ujarnya.

Dr Khalil berkata demikian ketika ditemui di program yang diadakan di Masjid Gong Tok Nasek di sini pada 26 Disember.

Sementara itu, Pengarah program, Ahmad Fitri Mohamad menyatakan seramai 78 orang peserta dari seluruh DUN itu telah menyertainya.

“Program tiga hari dua malam bermula ahad hingga Selasa, 24 hingga 26 Disember dengan pengisian Klinik Al Fatihah, memanah dan solat cara nabi dan majlis penutup dengan ceramah motivasi,” jelasnya lagi.