Home Berita PAS Sabah

Ziarah Kasih Krismas PAS Keningau semai perpaduan

69
SHARE

 

Oleh: Mimi Hazwa HMS
25 Disember 2023

KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Keningau (DMPK) melalui Biro Perpaduan Nasional telah mengadakan Ziarah Kasih Krismas sempena sambutan Krismas yang diraikan oleh penganut beragama Kristian pada 25 Disember 2023.

Dalam Ziarah Kasih Krismas penyerahan barang dapur, makanan dan duit Krismas kali ini telah diadakan di kampung Tohan Baru sebagai tanda menyantuni dan merasakan bahang sambutan bersama dengan penduduk kampung tersebut.

Ziarah Kasih Krismas ini diadakan dengan objektifnya iaitu mengeratkan hubungan silaturahim di samping menyemai semangat perpaduan dalam kalangan muslimat PAS dan penganut beragama Kristian yang majoriti di daerah Keningau.

“Semoga Ziarah Kasih seperti ini akan diadakan setiap tahun pada setiap perayaan agar perpaduan antara pelbagai kaum khususnya di daerah Keningau ini akan tetap subur dan lebih kukuh lagi,” ujar ketua Biro Perpaduan Nasional DMPK, Sarimah Lusim.

Turut sama menyerahkan sumbangan pada Ziarah Kasih Krismas tersebut ialah 3 orang ahli Biro Perpaduan Nasional DMPK.