Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang perkasakan tarbiyah

101
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 20 Dis : “Jadilah kita penolong agama Allah, bukan sekadar celup kaki sahaja atau sekadar tengok sahaja.

”Di zaman pemudalah kita punya tenaga, akal fikir yang waras dan wajarlah kita terus istiqamah dalam perjuangan yang panjang ini,”.

Begitulah antara ucapan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota Ustaz Zulfadli Zakaria yang juga sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang dalam Program Liqa Tarbawi dan Ijtimak Nuqaba PASTI As-Salam Sungai Karang, Kuantan baru-baru ini.

Pengisian utama program adalah pembentangan kertas kerja daripada para pimpinan dan murabbi iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar, Timbalan Ketua Dewan Ulama Negeri Pahang, Tuan Guru Ahmad Nafiri, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ahli Jawatan Kuasa Tarbiyah PAS Pusat Ustaz Hazmi Dibok.

Manakala Rosli Abdul Jabar pula berkata tarbiyah adalah sebagai nadi sebuah jamaah, hidup dan lurus perjalanan sebuah jamaah sangat bergantung kepada fikrah yang dicerna melalui tarbiyah.

Pembentangan kertas kerja lebih berfokus kepada penambahan ilmu dan ibadah agar dapat memantapkan lagi kecintaan dan pengorbanan dalam perjuangan, membina kekuatan jati diri agar menjadi muslim yang berakhlak dan berdisplin serta aktif dalam gerakerja jemaah.

Program dua hari ini telah dihadiri seramai 140 orang peserta iaitu 90 peratus pemuda daripada seluruh Negeri Pahang demi membentuk keseragaman fikrah para pemuda PAS Pahang.