Home Berita PAS Pulau Pinang

SOLIDARITI PERTAHANKAN BUKIT INDERA MUDA

66
SHARE
Permatang Pauh 17 Disember 2023
Himpunan Aman Bantahan telah diadakan oleh penduduk Kampung Bukit Indera Muda dan umat Islam berkaitan dengan pembinaan pusat penyimpanan abu mayat kaum Cina. Kawasan tersebut merupakan majoriti orang Melayu Islam. Kesan sampingan juga akan melibatkan penduduk seperti banjir kilat selepas kawasan atas bukit di tarah untuk projek tersebut.
Dalam bantahan yang diadakan turut dihadiri oleh YB Ustaz Fawwaz Md Jan ( Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Hj Amir Hamzah (Adun Permatang Pasir) YB Senator Amir Ghazali dan beberapa pimpinan politik dan masyarakat.

Bantahan ini bukan bertujuan politik tetapi lebih kepada sensitiviti orang Melayu dan umat Islam serta kesan kepada alam sekitar. Projek tersebut tiada kepentingan dan manfaat kepada penduduk Bukit Indera Muda kerana keseluruhannya adalah orang Melayu beragama Islam.

sumber gambar dari APC Pulau Pinang