Home Berita PAS Perak

Peningkatan kos sara hidup kian membimbangkan rakyat

71
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAIPING

PENINGKATAN KOS RASA HIDUP KIAN MEMBIMBANGKAN RAKYAT

Kini sudah bulan Disember penghujung tahun 2023. Apa yang kita dapat saksikan Kos kehidupan, sama ada kos untuk menyara kelangsungan hidup semakin hari semakin meningkat.

Ini akibat daripada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan asas, mahupun kos gaya hidup, corak perbelanjaan dan tahap kehidupan berubah, menjadikan rakyat semakin derita ketika ini.

Ia ditambah lagi dengan pendapatan upah dan gaji yang tidak meningkat, sistem perlindungan sosial tidak mencukupi, hutang isi rumah masih tinggi, kadar kemiskinan masih serius, serta peningkatan harga perkhidmatan asas dalam kehidupan seperti pendidikan, perubatan serta perumahan.

Pasca pandemik Covid-19, masih ramai peniaga yang belum pulih sepenuhnya daripada akibat pandemik terutama penggiat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Peluang perniagaan dan pekerjaan semakin hari semakin suram.

Graduan terpaksa menyorok ijazah mereka untuk mencari pekerjaan yang memerlukan kelulusan SPM ataupun diploma. Ini bukan disebabkan graduan ini tidak ada kemahiran khas, tidak mahir berbahasa Inggeris atau memilih kerja, tetapi hakikatnya, penciptaan pekerjaan setaraf dengan kelayakan mereka sangat sedikit di pasaran.

Kejatuhan nilai ringgit ketika ini pula makin mengeruhkan lagi keadaan dengan peningkatan kos Kehidupan rakyat. Baru-baru ini pula, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan. Namun, bagaimana jika ia dinaikkan pada keputusan monetari akan datang?

Selain itu, bantuan kepada rakyat memerlukan perlu dilaksanakan secara bersasar agar kemiskinan dapat dibasmi dengan baik.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping menyahut Seruan Dewan Pemuda PAS Perak agar rakyat perlu diselamatkan dan kos sara hidup perlu diatasi segera oleh pihak kerajaan. Semoga nasib rakyat akan terus didengari dan dibela.

“Rijal Al-Daulah”
“Generasi Sejahtera Mengisi Kemenangan”

USTAZ MOHAMMAD AINUDDIN BIN ISHAK
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping

Bertarikh 16 Disember 2023 | 03 Jamadil Akhir 1445H

#PemudaPASTaiping
#RijalAlDaulah
#GenerasiSejahteraMengisiKemenangan