Home Berita PAS Pahang

Semambu berusaha menuju kelestarian mampan

58
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 14 Dis : Segenap lapisan masyarakat perlu aktif dan peka terhadap aktiviti perlindungan alam sekitar demi kelangsungan generasi akan datang.

Begitulah antara seruan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang dalam Program Kitar Semula anjuran Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Semambu (PKMPDS) bersama NGO My Recycle di Masjid Chenderawasih Kuantan di sini baru-baru ini.

“Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah dalam keadaan yang selesa, bersih dan boleh meningkatkan tahap kesihatan yang baik kepada masyarakat,” tambah beliau yang juga sebagai Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota.

Sementara itu, pengasas NGO My Recycle Ye Zhixiang yang turut sama dalam program ini berkata, pihaknya sentiasa menjalankan aktiviti kitar semula di beberapa daerah di Negeri Pahang.

Beliau mengharapkan agar aktiviti seumpama ini mendapat sokongan dari pertubuhan masyarakat, serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di masa akan datang.

Program ini juga dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PKMPDS dan masyarakat setempat.