Home Kenyataan Media PAS Wilayah
12
SHARE

1. Kami membaca serangan pada 2 Dis 2023 yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) susulan kenyataan media DPPWP yang lalu berkenaan “Kerajaan Madani: Pembebasan Penjualan Arak.”

2. Serangan yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais tersebut yang secara semberono menyatakan Pemuda PAS sebagai jahil hanya kerana memfokuskan pada isu arak tetapi melupakan perkara seperti membasmi kemiskinan dan sebagainya.
3. Serangan yang dilakukan oleh ahli Lembaga Pelesenan Eksais itu juga menggambarkan pihak DBKL telah dicengkam oleh parti DAP khususnya di dalam hal kelulusan lesen penjualan arak secara tanpa kawalan di kedai serbaneka dan ubat cina.
4. Menariknya, serangan balas itu hanya dibuat oleh seorang ahli lembaga sahaja yang turut datang dari anggota parti DAP iaitu Kasthuri Patto. Beliau juga adalah mantan ahli parlimen Batu Kawan Pulau Pinang.
5. Perkara yang paling janggal adalah ketika pemimpin DAP ini membuat serangan balas kepada DPPWP, pihak DBKL pada 5 Dis 2023 telah mengeluarkan kenyataan media iaitu larangan penjualan arak ini tidak pernah dibatalkan.
6. Justeru, persoalan yang layak kita lontarkan adalah adakah DAP sedang mencengkam DBKL dengan melakukan ‘override’ terhadap larangan tersebut? Ataupun sebenarnya DBKL sekadar ingin mendiamkan masyarakat terhadap isu ini dan terus tetap memberi kelulusan seperti yang dilaporkan akhbar?
7. Akhirnya, kami ingin mengingatkan pihak DAP dan mereka yang bersama-sama dalam usaha mengangkat larangan ini supaya menghentikan kerja buat anda tersebut. DPPWP boleh melakukan lebih dari sekadar kenyataan media dan kami tidak teragak-agak menggerakkan umat Islam di dalam isu ini.
Abdul Razak Ramli,
Ketua Penerangan DPPWP.