Home Berita PAS Sabah

RM28,357.30 disalurkan ke Akaun Tabung Kemanusian PASRELIEF untuk Palestin

86
SHARE

TAWAU: PAS Kawasan Tawau menyerahkan sumbangan berjumlah RM 28, 357.30 ke Akaun Tabung Kemanusiaan PASRELIEF bagi membantu rakyat negara Palestin yang sedang menderita akibat peperangan dan kekejaman rejim Zionis.

Sumbangan daripada Tabung Solidariti Palestin PAS Tawau itu diserahkan kepada Pengarah PASRELIEF YB Ustaz Yusni Mat Piah semasa program Liqo’ Fikr di Pejabat PAS Kawasan Tawau , di sini, Sabtu lalu.

Beliau menyifatkan ia sebagai tanda sokongan dan solidariti rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

Dalam program Liqo’ Fikr itu , Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Dr Aliakbar Gulasan dan Ketua Muslimat PAS Malaysia , Ustazah Nuridah Salleh telah berucap.

Turut hadir , Timbalan PJ , Haji Ahmad Dollah, Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Hjh Norsah Bongsu,  pimpinan Badan Perhubungan PAS Sabah serta pimpinan dan ahli dari PAS Kawasan Tawau , Kalabakan, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.