Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula kawalan penjualan arak secara terbuka adalah sangat tidak wajar dan terburu-buru.
Tindakan meluluskan 1,519 lesen penjualan arak secara terbuka pada 23 November 2023 menimbulkan keresahan warga kota yang sudah sedia maklum akan kesan buruknya.
Kawalan penjualan arak telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada 1 November 2021 di mana ia tidak dibenarkan dijual kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina di samping penjualan di premis yang dibenarkan hanya dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi.
Penguatkuasaan garis panduan ini dilihat mampu mengawal penjualan arak di Kuala Lumpur seterusnya mengurangkan impak negatif penggunaannya seperti kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk.
Tindakan melonggarkan kembali penjualan arak ini adalah langkah mundur DBKL kerana ia lebih mengundang mudarat kepada majoriti rakyat negara ini.
Justeru Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan mendesak DBKL untuk menarik balik kelonggaran ini demi kebaikan semua pihak yang bakal terkesan ekoran tindakan melulu ini.
Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan