Home Berita PAS Terengganu

Dr Sam singkir calon BN dengan majoriti 37,220

5
SHARE

KEMAMAN – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kemenangan PAS di Kemaman dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 37,220.

Dr Sam yang juga merupakan Naib Presiden PAS memperolehi undi 64,968 melalui 249 jumlah peti yang diterima mengatasi pencabarnya.

Calon Barisan Nasional, Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor hanya mendapat undi 27,778

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanya Pilihan Raya bagi PRK P040 Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 65.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab.