Home Berita PAS Terengganu

Mangsa banjir terus meningkat ke 1,418 Orang

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir terus meningkat sebanyak 1,418 orang yang melibatkan 396 keluarga di Terengganu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari empat daerah.

Katanya, daerah tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang.

Setakat jam 6.00 pagi, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka keempat-empat daerah berkenaan.

Marang daerah yang terbaharu yang terjejas banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sebanyak 132 orang dari 32 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.

Kuala Nerus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 686 mangsa daripada 185 keluarga yang berada di tujuh PPS.

Manakala, Kuala Terengganu merekodkan seramai 574 mangsa daripada 173 keluarga yang ditempatkan di empat PPS,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya, Setiu pula menempatkan seramai 26 penghuni daripada enam keluarga dan dibuka dua PPS dalam daerah berkenaan.

Ketika ini, hujan lebat masih melanda beberapa tempat di Terengganu.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.