KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu sekali lagi membuktikan sikap prihatin terhadap Palestin apabila berjaya mengumpulkan sumbangan RM2,414,300 untuk disalurkan bagi membela nasib umat Islam yang sedang ditindas dan sedang berjuang demi membebaskan bumi al-Aqsa.
Sumbangan orang ramai yang disalurkan melalui Dana #Aid4Palestin yang mula dilancarkan pada 13 Oktober yang lalu pada hari ini telah diserahkan di Masjid Rusila.
“Alhamdulillah! Allahuakhbar! rakyat Terengganu sangat pemurah, cakna dan prihatin kepada saudara kita yang sedang ditindas dan (tengah) berjuang sekarang,” ujar satu kenyataan daripada PAS Terengganu semalam.
Memetik ayat daripada Surah Al-Baqarah ayat 274, memberi suntikan semangat kepada rakyat bahawa mereka yang membelanjakan harta akan beroleh pahala, serta tidak akan ada kebimbangan dan tidak pula akan berdukacita.
“Semoga Allah terima segala amal kita dan moga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara kita bi bumi Gaza.
“Dengan ini selesai sudah majlis penyerahan dana #Aid4Palestine 2.0. Teruskan berdoa buat saudara kita,” ujar kenyataan itu.