Home Berita PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Sabah lancar Tabung Untukmu Palestin

38
SHARE

Oleh : Mimi Hazwa MS

24 Oktober 2023

KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Sabah melalui Lajnah kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Sabah (LKK DMPNS) telah melancarkan tabung sumbangan bagi membantu rakyat Palestin yang kehilangan keluarga, tempat tinggal,s ekolah bahkan hospitaliti mereka akibat pengeboman yang dilakukan Israel ke atas negara Palestin.

Dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Keningau, pelancaran awal tabung tersebut telah mengutip sumbangan sebanyak RM500 dan masih dalam proses mengumpul lebih banyak sumbangan lagi.

Pelancaran tabung sumbangan ini menunjukkan tanda sokongan dan solidariti buat saudara-saudara Islam di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Penyerahan sumbangan telah dilancarkan oleh Nor Azian Sapiai, Ketua LKK DMPNS merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Keningau pada majlis usrah kawasan Keningau di sini kelmarin.

Nor Azian turut merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keikhlasan yang diberikan.

“Semoga dengan pelancaran tabung untukmu palestine ini dapat memberi peluang dan cahaya harapan kepada semua masyarakat untuk menyalurkan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan tidak berperikemanusiaan zionis Israel,” ujar Nor Azian

Hadir bersama dalam majlis usrah tersebut ialah Rafiah Sulaiman, Ketua LKK DMPK Keningau, ahli muslimat PAS Keningau dan guru-guru PASTI keningau.