Home Berita PAS Terengganu

Sukar tarik sokongan bukan alasan

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sukar menarik sokongan pengundi bukan Melayu tidak dijadikan alasan untuk PAS tidak memberikan sebarang bantuan kepada golongan terbabit melalui negeri yang diperintah.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, itulah yang diamalkan oleh PAS sejak dahulu.

“Kita tetap berikan keadilan kepada semua, yang miskin akan dibantu tiada perbezaan. Kita tunjukkan melalui negeri yang memerintah, sifat keadilan yang lebih selamat dan terjamin.

” Sebenarnya bukan sahaja sukar untuk menarik sokongan Cina orang Melayu dahulu pun sukar menerima PAS.
Kerana dilabel ekstrem, apabila mereka mendekati, mula memahami terutamanya di zaman ini melalui media sosial orang boleh menerima (sokongan makin besar),”ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media ketika sidang medianya di Muktamar Tahunan PAS, semalam.

Mengulas lanjut katanya, usaha akan sentiasa berterusan bagi memastikan semua masyarakat dapat memahami Islam.

“Kita telah menubukan Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP), agar ‘Islamophobia’ tidak terus merantai rakyat,” ujarnya.

Dalam padw itu katanya, dakwaan yang mengatakan orang bukan Islam lebih ramai menyokong PAS ketika zaman Tuan Guru Nik Aziz hanyah dakyah dimainkan DAP.

“Sedangkan DAP pernah keluar dari Barisan Altenatif ketika tahun 2001, kerana hendak perjuangkan negara Islam.

“DAP sengaka mainkan sentimen, apabila ikut jadi kawan, bila tidak bersama dituduh musuh,” ujarnya.