Home Berita PAS Terengganu

PRK Kemaman : Signal rakyat tolak PH-BN

8
SHARE

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan menjadi signal rakyat menolak kerajaan PH-BN yang ternyata tidak berupaya untuk mengurus dan mentadbir negara dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, keadaan semasa akan memberi kelebihan kepada PAS untuk terus mengekalkan kemenangan dan mencapai majoriti yang lebih besar.

“Saya telah melakukan tinjauan di seluruh peringkat sama ada dalam kalangan anak muda, bertemu dengan nelayan, peniaga di pasar penjawat awam kerajaan dan swasta semuanya memberikan jaminan akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kerana mereka bosan dengan kerajaan yang apabila bercakap akan berbohong  setakat ini dilihat tidak menunaikan satu perkara pun.

“Kemarahan rakyat Terengganu lagi bertambah apabila wang royalti dinafikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Muktamar Tahunan Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini dilihat PHBN tidak berupaya untuk mengemukakan calon yang berwibawa.

“Apa yang ada ialah calon yang telah pun ditolak rakyat, dan telah kalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 samada peringkat parlimen mahupun peringat negeri.

“Lebih memberi tambah keyakinan rakyat untuk terus berpihak kepada PAS ialah kejayaan menunaikan 20 manifesto serta sepanjang pemerintahan tidak ada lagi pemimpin yang didakwa terlibat rasuah,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, jawatankuasa pilihan raya telah dibentuk.

“Saya kira kita menunggu masa sahaja untuk menghadapi PRK pada kali ini.

“Kita sama -sama berdoa, agar PRK pada kali ini sekali lagi kita diberikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar,” ujarnya lagi.