Home Berita PAS Terengganu

Ahmad Samsuri gesa rakyat bantu Palestin

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini diseru agar terus menghulurkan bantuan untuk meringankan beban serta membolehkan rakyat Palestin meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan untuk menyalurkan derma kepada rakyat Palestin.

“Diharap semua pihak ‘feel free’ (tidak teragak-agak) untuk menyumbang ikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada semua umat Islam untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kejayaan pasukan Hamas yang pada ketika ini berusaha keras bagi mengembalikan semula tanah air Palestin kepada rakyatnya.

“Saya percaya diantara kita ini rasa bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan sahabat, saudara Islam kita yang berada di Palestin.

“Termasuklah pejuang-pejuang yang memainkan peranan yang cukup besar untuk membebaskan bumi Palestin,” ujarnya.