Home Kenyataan Media PAS Pahang

Gelombang sokongan Melayu potensi kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pelangai

113
SHARE

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG
23 September 2023 | 7 Rabiulawal 1445H

Gelombang sokongan Melayu potensi kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Pelangai

1. Rakyat Pahang menolak Pakatan Harapan (PH) melainkan undi daripada bukan Melayu. Ianya terbukti di semua DUN yang majoritinya adalah Melayu sama ada di kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung, persaingan yang hanya melibatkan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan Barisan Nasional (BN) tidak seperti di kawasan pantai barat dan selatan.

Ini jelas terbukti dalam PRU15, di mana 17 DUN yang majoritinya Melayu, dimenangi oleh PN iaitu di DUN Cheka, Tahan, Pulau Tawar, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Sungai Lembing, Lepar, Pancing, Pulau Manis, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jengka, Lancang, Kuala Semantan serta Bukit Ibam dan kemerosotan undi yang ketara di DUN yang dimenangi oleh UMNO.

Manakala DUN yang majoritinya bukan Melayu kekal dikuasai PH.

Pencapaian ini membuktikan sejak PRU 15 hingga sekarang Melayu kekal memilih PN. Dibuktikan lagi pada keputusan PRN 6 negeri, jelas PN berjaya mengekalkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu serta Kedah dan menguasai lebih kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

2. Rakyat dapat melihat bahawa kerjasama UMNO-DAP hanyalah menguntungkan pimpinan atasan atau golongan yang jelas melanggar undang-undang.

3. Sehingga pada hari ini masih tiada katalis atau daya penarik dalam kerjasama UMNO DAP. Yang jelas ianya lebih kepada cita-cita dan kehendak presiden semata-mata untuk bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Dengan terbuktinya gelombang kebangkitan Melayu pada PRU 15 dan PRN 6 Negeri, PAS Pahang yakin undi Melayu akan menjadi signifikan kepada kemenangan PN di PRK Pelangai.

YB UST ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR