Home Berita PAS Terengganu

Tautan ukhuwah kukuhkan jemaah

19
SHARE

DUNGUN – Ukhuwah sesama ahli PAS mestilah sentiasa bertaut erat dalam usaha untuk kukuhkan jemaah untuk berhadapan dengan musuh.

Mengulas lanjut Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata ianya akan nampak kekuatan Islam.

“Oleh itu setiap kali mengadakan program mestilah tujuan utamanya untuk merapatkan ukhuwah sesama kita dan juga untuk jaga silaturahim sesama kita, ini akan menjadikan program kita berjaya,” katanya.

Ustaz Mohd Fadhli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika merasmikan majlis menutup Rehlah Muslimat PAS DUN Rantau Abang sempena Sambutan Hari Malaysia di Pulau Serai di sini pada 16 September.

Rehlah yang turut diserikan dengan acara jalan santai, mewarna, isi air dalam botol dan bawa bola ping pong yang terbuka hanya kepada muslimat.

Turut menghadiri majlis penutup itu ialah Pengarah MTD DUN itu, Cikgu Alias Harun.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu seterusnya mengingatkan setiap yang dilalui akan ada ujiannya.

“Sebelum kemenangan kita diuji bermacam – macam ujian untuk kita mempertahankan supaya PAS menang di DUN Rantau Abang,

“Jadi hari ini Allah beri menang, bila menang Allah beri ujian, ujian dalam bentuk kemenangan, untuk mengurus kemenangan bukan mudah, cukup payah apatah lagi ianya berkait dengan hati manusia,

Maka, katanya, hubungan dengan Allah tidak boleh renggang, sentiasa memohon petunjuk supaya diberiksn kekuatan dan kemampuan untuk mengurus kemenangan.

“Muslimat ada peranannya, Pemuda dengan peranannya, MTD ada peranannya, maka bila masing-masing berperanan akan wujud ‘team’ yang cukup lengkap, di situlah ada kekuatan Islam di DUN Rantau Abang,” jelasnya lagi.