Home Berita PAS Pulau Pinang

“OPS POKOK” BUKTI Jabatan Amal Malaysia SENTIASA BERSEDIA BILA DIPERLUKAN

38
SHARE

TASEK GELUGOR – Hujan dan angin kuat semalam menyebabkan banyak kawasan yang mengalami banjir kilat dan pokok tumbang di sekitar Pulau Pinang. Angota Jabatan Amal Pulau Pinang telah dikerahkan untuk turun membantu memotong pokok yang tumbang ditepi² jalan. Ianya perlu disegerakan bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Dalam masa yang sama ada unit yang dihantar kerumah² yang ditimpa pokok. Unit Khas ini ditugaskan bagi membantu memotong pokok yang menimpa rumah. Ketua Operasi Jabatan Amal Malaysia Pulau Pinang Tn Nazrul Ali memaklumkan, terdapat banyak tempat pokok tumbang & banjir kilat.

Beliau telah mengarahkan semua angota di semua kawasan untuk turun BKA bagi membantu pihak berkuasa dan orang ramai yang memerlukan. OPS POKOK yang melibatkan 40 angota keseluruhannya bermula jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Disediakan oleh:
Unit Media & Penerangan
Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang – BKA