Home Berita PAS Terengganu

“32-0, Kerajaan Terengganu tak boleh ‘Menyederhanakan’ prestasi”

18
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kemenangan besar PAS/PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 lalu bukan alasan untuk parti itu berpuas hati dengan prestasi lepas, ujar Dr Azman Ibrahim.

“Saya kurang setuju kalau dikatakan kerajaan ini perlu kekalkan prestasi semasa, yang sepatutnya ialah kerajaan ini perlu tingkatkan prestasi.

“Kita tidak boleh menyederhanakan prestasi kerja sekadar berpuas hati dengan kejayaan sesi lepas,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri itu melalui satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, pihaknya mengambil pendekatan melihat ke hadapan tanpa menoleh ke belakang untuk mengulas apa yang telah berlaku sepanjang kempen.

“Perkara besar ialah untuk memahami bagaimana tingginya harapan rakyat kepada PAS/PN yang perlu dipenuhi setelah pengundi menjatuhkan hukuman 32-0 kepada BN/PH.

“Lima tahun yang berlalu, rakyat telah membuat penilaian dan mereka memilih untuk mengundi dengan keputusan badi kerajaan sepenggal telah berakhir,” ujarnya.

Tambahnya, berlakunya peralihan penggal pertama kepada penggal kedua merupakan waktu yang yang sangat kritikal terpaksa ditempuhi dengan cabaran yang tersendiri.

“Tapi kini setelah badi ini berjaya dilepasi ia bukan bermakna kita sudah boleh ‘slow down’ sebaliknya gear perlu dinaikkan lagi dan momentum graf perlu menaik ke atas.

“Naik kereta kalau main gear sama, boleh ‘lokoh’ gear,” ujarnya lagi.