Polis Sweden telah menahan seorang wanita yang menyembur seorang aktivis anti-Islam dengan alat pemadam api.
Beliau ditangkap ketika mengadakan protes terhadap pembakaran kitab suci al-Quran di luar kedutaan Iran di Stockholm.
Dalam kejadian itu, wanita tersebut meluru ke arah Salwan Momika dan menyembur serbuk putih ke arahnya sebelum dia dipintas oleh anggota polis berpakaian preman yang membawanya pergi.
Momika, yang kelihatan terkejut tetapi tidak cedera pada hari Jumaat, kemudian meneruskan protes anti-Islamnya, yang telah dibenarkan oleh polis.
Jurucakap polis Towe Hagg berkata wanita yang ditahan itu, tidak dikenal pasti oleh polis, telah ditangkap kerana disyaki mengganggu ketenteraman awam dan keganasan terhadap seorang pegawai polis.
Momika, seorang pelarian dari Iraq, telah mencemarkan Al-Quran dalam beberapa siri protes anti-Islam yang telah menimbulkan kemarahan di beberapa negara Islam.
Polis Sweden telah membenarkan protes membakar kitab Allah itu, memetik kebebasan bersuara semasa memfailkan pertuduhan awal ucapan benci terhadapnya.
Pendakwa raya sedang menyiasat sama ada tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang ucapan kebencian Sweden.
Sebenarnya terdapat undang-undang negara Eropah itu yang melarang hasutan kebencian terhadap kumpulan atau individu berdasarkan kaum, agama atau orientasi seksual.
Sebaliknya, Momika berkata bantahannya menyasarkan agama Islam, bukan orang Islam.
Pembakaran al-Quran telah mencetuskan protes di negara-negara Islam, serangan terhadap misi diplomatik Sweden dan ancaman.