Home Berita PAS Terengganu

Hj Khuz kekal terajui Kota Putera

55
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat dan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera kekal memilih Timbalan Diperpetua PAS Besut, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman untuk mewakili mereka.

Beliau selaku penyandang kerusi DUN berkenaan pada penggal lalu, menewaskan pencabar dari Barisan Nasional (BN), Dato’ Pehimi Yusof.

Pehimi juga penyandang DUN Jertih sebelum ini, kembali ke Kota Putera yang pernah dimenanginya pada 2008.

Nurkhuzaini memperoleh 13,360 undi, meninggalkan Pehimi ( 9,551 undi) dengan majoriti 3,809 undi.

Mantan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Hal Ehwal Penjaja itu diumumkan sebgai pemenang oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Kota Putera,Mohamad Ridhuan Mohd Nor pada jam kira-kira jam 10.31 malam.

Kejayaan Nurkhuzaini mengekalkan kemenangan di DUN Kota Putera juga lebih berseri apabila PAS turut merampas tiga lagi kerusi milik BN di daerah Besut.

Bahkan, PAS Terengganu turut mencipta sejarah apabila menyapu bersih 32 kerusi DUN negeri itu.