Home Berita PAS Terengganu

Respons positif, lebih baik daripada PRU14

24
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Gerak kerja kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke -15 berjalan dengan lancar dan mendapat tindak balas yang positif lebih baik daripada PRU-14 yang lalu.

Calon PAS / Perikatan Nasional (PN), Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, ramai dikalangan rakyat di DUN Bandar menerima baik dan akan mengundi pada kali ini.

“Respon orang ramai lebih jelas syarat mereka untuk mengundi PAS /PN.

“dengan lima tahun pentadbiran segala manifesto yang dijanjikan kepada rakyat kita dah lunaskan.

“Dan kita ada tawaran untuk PRU ke 15 kita berhasrat dan bertekad untuk menyempurnakan tawaran yang baru,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau hari Pengundian Awal di perkarangan IPD Kuala Terengganu, pada hari ini.

Tambah beliau, beliau yakin para pengundi sama ada yang berada di dalam negeri ataupun di luar mereka melihat prestasi kerajaan PAS maka mereka boleh membuat keputusan tepat untuk memilih.

“Saya mengharapkan kepada semua sekali termasuk pengundi muda dan juga yang saluran orang lama untuk sama-sama turun menyelesaikan serta melunaskan tanggungjawab kita sebagai warganegara.

“memilih kepimpinan kerana ia bukan satu perkara yang remeh , mencorak masa depan rakyat, negara dan negeri kita,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pengundi di luar sana agar keluar menyelesaikan tanggungjawab untuk pilih kepimpinan dalam negara Malaysia.