Home Berita PAS Terengganu

Calon PAS Bukit Tunggal terima sokongan padu rakyat

48
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pemilihan calon baharu Parti Islam Se-malaysia (PAS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid dilihat bertepatan dengan aura yang dibawa beliau di sini.

Ini terbukti apabila sambutan hangat diterima Zaharuddin sepanjang sembilan hari berkempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri pada 12 Ogos ini.

Zaharuddin berkata walaupun kempen baharu memasuki hari kesembilan, namun sambutan diterima PAS begitu memberangsangkan dan amat positif.

Katanya, sambutan tersebut bukan sahaja dari kalangan orang dewasa malah golongan muda.

“Kita akan terus bekerja kuat sepanjang tempoh berkempen untuk meyakinkan pengundi tentang kemampuan serta keupayaan PAS mentadbir negeri ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas program bertemu rakyat di Kampung Pulau Ketam, Pulau Duyong semalam.

Tambah Zaharuddin, kawasan Bukit Tunggal ini telah lama dimenangi oleh PAS sejak daripada 2004 sehingga sekarang yang diterajui oleh mantan ADUN, Dato’ Dr Alias Razak.

“Antara yang perlu kita buat untuk menguatkan lagi sokongan rakyat di sini ialah dengan menambahkan lagi cawangan serta keahlian PAS di seluruh DUN ini.

“Ia bagi memastikan kekuatan akar umbi dapat diperkuatkan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Hal ini kerana, kekuatan sesuatu parti itu dipengaruhi oleh ramainya bilangan ahli dan banyaknya cawangan yang berada di sesuatu kawasan.