Home Berita PAS Sabah

Fun Run, Fun Ride PASTI Sepanggar pupuk gaya hidup sihat

109
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
31 Julai 2023

KOTA KINABALU: PASTI Kawasan Sepanggar bersama PASTI Kawasan Kota Kinabalu telah mengadakan program Fun Run, Fun Ride di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dekat sini kelmarin.

Program yang melibatkan lebih 500 orang pelajar PASTI itu adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup yang sihat diusia yang lebih muda.

Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan menzahirkan ucapan tahniah kepada PASTI Sepanggar atas penganjuran program yang cukup bermakna itu.

“Sejak dahulu PAS membangun ummah dengan ilmu, selain aktiviti di dalam kelas, aktiviti kesihatan fizikal dan ukhuwah juga turut diberi penekanan,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Aktiviti senamrobik dan cabutan bertuah turut diadakan dalam program berkenaan sebelum memulakan aktiviti larian bersama ahli keluarga.

Hadir sama dalam program itu ialah, Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Ah Rizal Latif, Pengerusi PASTI Sepanggar, Afiq Nordin serta Ketua JIBG PASTI Al-Fateh Salut Perdana, Awang Hasnizam Awang Damit.

“Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dalam memeriahkan majlis ini, tidak lupa juga kepada semua guru-guru dan ajk pengurusan yang menjayakan program ini,” kata Pengerusi PASTI Sepanggar, Afiq Nordin.