Home Berita PAS Terengganu

“Kita ada kelebihan”

19
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU – PAS yakin akan menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN kali ini kerana parti itu ada kelebihan brbanding PRU lalu.

Calon PAS/Perikatan Nasional (PN) DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, beliau lebih yakin berdasarkan pada PRU ke-15 berlaku baru-baru ini.

“Kita ada kelebihan di situ dan insya Allah momentum undi masih kekal dengan semangat masih kental.

“Saya yakin dan nampak petugas kita pun begitu semangat serta insya Allah akan bertugas untuk mempastikan mereka juga akan beri kemenangan di negeri Terengganu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar borang penamaan calon di Dewan Sivik Chalok Kedai, pada hari ini.

Menurutnya, DUN Langkap berdepan saingan satu lawan satu pada PRN kali ini apabila Azmi Maarof bertanding atas tiket PAS ditentang Dato’ Sabri Mohd Noor di pihak Umno/BN.

“Alhamdulillah, nampak perjalanan yang baik dan terima kasih kepada semua pihak penyokong daripada penyokong Barisan Nasional (BN).

“Jadi semuanya berjalan dengan baik nanti tak ada apa-apa bantahan selepas bantahan dibuka tadi,” katanya.


Azmi menambah, sasaran pada PRN kali ini adalah anak muda kerana PRU yang lepas keseluruhan saluran pengundi muda dapat dikuasai.

“Insya Allah dapat beri sokongan kepada kita dalam PRN.

“Saya yakin dengan maklumat ada melalui media (sosial) insya Allah akan lebih yakin pengundi muda akan beri sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya,” ujar beliau.

Katanya, beliau akan mengatur jadual turun berkempen bagi penerangan ke seluruh kampung bagi memastikan setiap rakyat menerima maklumat yang benar.


“Setakat ini kita hubungi supaya balik mengundi (kerana) tanggungjawab kepada pengundi luar untuk balik mengundi untuk beri kemenangan dalam Pilihan Raya,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada para pengundidi luar negeri Terengganu supaya balik mengundi agar kerajaan yang ada pada hari ini dapat dipertahankan.

“Balik dalam keadaan selamat dan kalau boleh balik awal supaya selamat perjalanan,” tambahnya lagi.