HULU TERENGGANU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Penyandang satu penggal dari PAS Dr Mamad Puteh yang mewakili Perikatan Nasional (PN) akan berhadapan calon baru Jalaluddin Ismail dari Barisan Nasional (BN).
Dr Mamad Puteh tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Terengganu pada 9.15 pagi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN).
Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang itu diringi hampir 2,000 penyokongnya.
DUN Kuala Berang mempunyai seramai 21,427 pengundi, yang akan menunaikan tanggungjawab mereka di PRN 15 nanti.