Home Berita PAS Terengganu

Pilih wakil rakyat yang tahu jaga maruah islam

190
SHARE

Oleh :Fatimah Din /Gambar : Khairan Azwani Mat Jusoh

MARANG – Rakyat Terengganu diseru untuk memilih wakil rakyat yang tahu menjaga maruah sebagai seorang muslim dan agama Islam

Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Kamarudin Yunus berkata orang yang dipilih itu perlulah beriman, bertaqwa, tidak melakukan perkara yang diharamkan dan perkara yang menjatuhkan maruah sebagai orang Islam.

“Mereka juga mestilah melaksanakan perintah Allah bermula daripada pakaian, makanan, pemerintahan, memilih pemimpin dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika dalam Ceramah Unit Daerah Mengundi Binjai Rendah di Kampung Che Jah di sini pada 21 Julai lalu.

Manakala Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusof Abdul Hadi berkata perjuangan PAS bukanlah hanya mementingkan politik semata-mata yang ingin memenangi pilihan raya untuk memerintah.

“PAS juga memberi tumpuan kepada pendidikan. Buktinya PAS menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk mendidik ummah dari bawah iaitu di peringkat kanak-kanak lagi” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong, berkata 10 tawaran parti itu akan dilaksanakan sekiranya sekali lagi diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri(PRN) pada 12 Ogos 2023 nanti.

“PAS juga hendak memastikan seluruh kehidupan dipacu, dirujuk Al-Quran, Sunnah, Ijmak’ dan Qias, yang merangkumi tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah , politik siyasah,” jelasnya lagi.