Home Berita PAS Perlis

PASTI Al Fateh johan bola sepak PASTI Arau

121
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 23 Jul: PASTI Al Fateh, Behor Mali muncul sebagai johan pada Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring PASTI Kawasan Arau yang berlangsung hari ini.

Pada kejohanan yang diadakan di D Futsal Batu 2, Kangar, pasukan berkenaan menewaskan PASTI Darul Hikmah, Jejawi Dalam, 1-0 pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dan tempat keempat pula menjadi milik PASTI Al- Furqan,Pauh dan PASTI Luqmanul Hakim,Sungai Padang.

Sementara itu, perlawanan akhir bola jaring pula menyaksikan pasukan PASTI Al Furqan, Pauh menewaskan PASTI Darul Hikmah, Jejawi Dalam dengan keputusan 4-1 untuk muncul johan pada kejohanan kali ini.

Tempat ketiga menjadi milik PASTI Al Fateh,Behor Mali manakala PASTI Luqmanul Hakim, Sungai Padang di tempat keempat.

Exco kerajaan Negeri Perlis yang juga ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad dan ADUN Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, antara yang hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abdul Hadi Halipah yang ditemui merakamkan ucapan tahniah kepada para semua pasukan yang bertanding.

“Menang atau kalah bukanlah matlamat utama, tetapi apa yang penting adalah semangat kesukanan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain.

“Kepada semua guru PASTI, ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan atas kejayaan penganjuran kejohanan pada tahun ini,” katanya.