Home Berita PAS Sabah

Hari Keluarga PASTI Nurul Syuhadah erat ukhuwah JIBG

68
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
21 Julai 2023

TAWAU: Hari Keluarga PASTI Nurul Syuhadah, Kampung Batu Payong anjuran Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) nya telah berlangsung dengan meriah di sini kelmarin.

Program itu telah dirasmikan oleh Penolong Pengurus PASTI Kawasan Tawau Daramansah Lamasa, Penolong Pengurus PASTI Kawasan Tawau bagi mewakili Pengerusi PASTI Kawasan Tawau.

Dalam ucapannya, Daramansah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang bertungkus lumus membantu para guru bagi menjayakan acara tahunan PASTI itu.

“Program kali ini untuk memberikan peluang kepada para ibu bapa murid untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Tahniah sekali lagi kepada guru-guru dan ibubapa PASTI Nurul Syuhadah atas penganjuran program yang meriah ini,” katanya semasa majlis.

Majlis turut memberikan cenderamata kepada Cikgu Suhana Samsudin, telah berkhidmat selama 6 tahun di PASTI itu sebelum dipindahkan ke PASTI Nurul Hasanah Sungai Gading.