Home Berita PAS Pahang

Silibus SRITI perlu ada kelainan beri keutamaan kepada kefahaman Islam

171
SHARE

Oleh: WAN MOHAMED AZMI

KUANTAN, 16 Jul ♦ Zaman sekarang penuh dengan cabaran, tidak sama dengan zaman ibu bapa kita dahulu. Pelbagai masalah sosial timbul dalam masyarakat.

Oleh itu guru-guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu bahkan perlu mendidik pelajar dengan akhlak yang murni.

Demikian kata Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor ketika merasmikan majlis penutup Kursus Guru SRITI Negeri Pahang, di sini hari ini.

“Kita semua maklum, sekolah harian lebih memberi fokus kepada akademik. Tapi silibus SRITI perlu ada kelainan, perlu beri keutamaan kepada kefahaman Islam, selari dengan visi SRITI melahirkan generasi soleh”, ujar Wan Razali.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah SRITI Negeri Pahang, Abdul Rahman, kursus ini diadakan sebagai pendedahan guru SRITI yang baru berkhidmat berkaitan asas pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC).

“Kira-kira 80 orang guru daripada 15 buah SRITI dari seluruh negeri Pahang menghadiri kursus ini”, ujarnya.

Menurutnya, guru-guru turut diberikan pendedahan berkaitan soft skill seperti kawalan murid dalam kelas dan teknik interaksi dua hala dengan murid.