Home Berita PAS Sabah

Hari Interaksi JIBG bina keyakinan ibubapa terhadap PASTI

74
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
17 Julai 2023

SANDAKAN: Hari Interaksi JIBG PASTI Sandakan yang diadakan di Dewan Al-Khawarizmi, SMK Agama Tun Juhar, semalam telah berlangsung dengan jayanya.

Pengerusi PASTI Sandakan, Sukriadi Osman berkata, program itu bertujuan untuk memberi penerangan khas berkenaan latar belakang dan kurikulum PASTI kepada seluruh warga Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG).

“Secara tidak langsung, ini dapat membina keyakinan ibubapa tentang pengurusan dan kurikulum PASTI.

“Program ini seharusnya dibuat secara berkala setahun sekali untuk mendekatkan lagi ukhuwah warga PASTI dan ibubapa pelajar,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.

Tambahnya, ibubapa yang hadir turut diberi peluang untuk bertanyakan soalan secara langsung berkenaan apa jua isu atau persoalan berkaitan pengurusan dan kurikulum PASTI.

“Pihak Pengurusan PASTI dapat mengambil peluang bertemu serta menyampaikan hasrat dan perancangan PASTI secara terus kepada JIBG,” katanya lagi.

Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Pengerusi 1, PASTI Kawasan, Herianto Ladati, Ketua MGP PASTI Sandakan, Rosdianah Djamali, Pengarah Program Hari Interaksi JIBG, Jabal Neor serta beberapa Ahli Jawatankuasa Induk PASTI Kawasan Sandakan.