Home Berita PAS Terengganu

Perlaksanaan Syariah bukan hanya retorik

43
SHARE

DUNGUN – Perlaksanaan syariah di Negeri Terengganu bukan sekadar laungan retorik kerajaan pemerintah tetapi bahkan telah dijelmakan dalam bentuk tindakan bersepadu.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang, Ustaz Wan Mazli Wan Dagang berharap kesungguhan dan komitmen dapat membuka mata rakyat Terengganu.

“Komitmen dan kesungguhan dalam memperkasakan Syariah di Negeri Terengganu dalam ruang yang dibenarkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Keselamatan PAS Dungun berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya di sini pagi tadi.

Sambil merakamkan ucapan tahniah dan terimakasih kepada kepimpinan kerajaan negeri sambil berharap usaha-usaha tersebut akan terus berjalan dengan kemas dan tersusun

“Dalam masa yang sama perlu disambut baik dan digerakkan bersama oleh semua agensi yang terlibat,” ujarnya lagi.