KUALA NERUS – Anak muda diseru untuk menjadi pengundi yang bijak dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dengan memilih pemimpin yang berintegriti, adil dan menunaikan janji.
Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Ustazah Asma Abdullah berkata kesilapan memilih pemimpin akan menyebabkan masyarakat jauh dari kesedaran memgamalkan Islam, pemikiran akan dijajah, akidah yang semakin rapuh, akhlak dan moral yang kian hilang jati diri dan identiti Islam sejat.
“Rasuah, khianat, berhibur di luar batas agama, berjoget di dalam kampus dan universiti, dengan motif ingin membeli kepercayaan dan meraih minat anak muda merupakan agenda sebenar mereka untuk merosakkan minda dan moral anak muda,” ujarnya dengan nada kecewa.
Ustazah Asma berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam slot Pentas Mujahidah sempena Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, semalam.
Program bual bicara tersebut turut menampilkan Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Noor, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To Puan Zarani Othman dan Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Zuraida Md Nor.
Menurut beliau, di Negeri Terengganu, anak muda yang berusia 18 sehingga 20 tahun adalah seramai 64, 264 orang.
“Satu jumlah yang sangat besar dan kita mengharapkan semoga anak muda dapat menilai dengan situasi dan isu-isu yang sedang berlaku di Terengganu hari ini dapat memberi keinsafan betapa pentingnya untuk mereka membuat pilihan yang bijak,
“Marilah kita bangkitkan semarak hijaukan Terengganu kita, mara teguh pertahan Terengganu di bawah pemerintahan PAS,” ajak beliau dengan penuh semangat.