Home Berita PAS Terengganu

Rakyat terengganu lebih tahu – MB

251
SHARE

KUALA NERUS – Rakyat Terengganu lebih mengetahui maklumat yang tepat mengenai negeri ini dari sudut pembangunan, kemajuan ekonomi dan sebagainya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tohmahan beberapa pihak yang menuduh ekonomi Terengganu tidak berkembang adalah tidak tepat.

Katanya, mereka perlu meneliti laporan mengenai kejayaan yang dicapai negeri itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tak perlu jadi seorang yang pintar untuk memahami perkembangan ekonomi yang berlaku, pihak yang buat dakwaan itu tidak lihat apa yang berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Perasmian Loji Rawatan Air bertempat di Bukit Berapit, Kuala Nerus di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.

Tambah Ahmad Samsuri, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Terengganu bagi tahun 2022 mencatatkan nilai berjumlah RM37.3 bilion iaitu peningkatan 5.9 peratus berbanding sasaran awal 3.5 hingga 4.5 peratus sahaja.

“kadar pertumbuhan yang positif ini menandakan ekonomi negeri kita dalam keadaan sihat dan semakin berkembang.

“Sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ekonomi Terengganu tak berkembang sejak PRU14 yang lalu,” ujarnya.