PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) di enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos sebagai hari pengundian.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang medianya di menara SPR hari ini turut memaklumkan 29 julai merupakan hari penamaan calon.
Manakala hari pengundian awal adalah pada 8 Ogos ini.
PRN di enam negeri membabitkan Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.