Oleh : MOHD AJRUL HADI BIN ISMAIL
2 Julai 2023
KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah berjaya menganjurkan Program Korban Perdana sempena Aidiladha tahun ini di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi, Keningau pada 29 Jun 2023 yang lalu.
Seramai 70 orang peserta telah menyertai korban tahun ini dan sejumlah 10 ekor lembu telah disembelih dengan sempurna.
400 orang penerima daging korban ini terdiri dari golongan asnaf, mualaf, ibu tunggal dan masyarakat setempat telah menerima manfaat dari korban tahun ini.
“Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena korban tahun ini.
Jadikan konsep bermaafan sebagai rutin harian walau selepas Raya agar Allah Taala menerima segala amalan kita,” ujarAbdul Hisham Othman, Yang Dipertua PAS Keningau
Harapan beliau agar semua masyarakat dapat bekerjasama dalam melaksanakan ibadah korban dan berdoa semoga Allah menerima amalan ibadah korban yang dilaksanakan.