Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau korban 7 ekor lembu

79
SHARE

Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib
2 Julai 2023

TAWAU : PAS Tawau telah mengadakan program ibadah korban yang bertempat di Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam, Khamis lalu.

Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Husain berkata, pada tahun ini, PAS Tawau telah menyembelih 7 ekor lembu dan turut membantu menguruskan 45 ekor lembu yang telah ditempah oleh masjid-masjid, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berniat untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 250kg daging lembu telah diedar ke 14 tempat dan kampung yang sudah dikenal pasti di bawah parlimen Tawau dan Kalabakan.

Kemeriahan program ibadah korban turut diserikan dengan kehadiran anggaran 200 petugas terdiri daripada penduduk sekitar dan ahli PAS.

Jamuan daripada daging korban turut diadakan bagi meraikan para petugas yang hadir.