Home Berita PAS Terengganu

Tok Guru menerima rawatan, mohon doa dan solat hajat

33
SHARE

Oleh : Ahmad Faizal Ghani Al Medaniey

KUALA TERENGGANU : Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di sini.

Perkara itu dikongsi anak Sulong beliau di laman _Facebook_ miliknya pagi ini.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru”. Tulis beliau.

Khalil yang juga ADUN Batu Buruk berkata lagi, “Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.”

Tambah beliau lagi “Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.”

Di akhir hantaran tersebut, Khalil mengajak semua berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan buat Abdul Hadi.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua.”