Home Berita PAS Terengganu

Pemikiran pemimpin Umno tidak berubah

233
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Pemikiran pemimpin UMNO Terengganu masih tidak berubah khususnya Pengerusi Perhubunggan Umno Negeri Terengganu, Dato Seri Ahmad Said.

Ketua Penerangan Kuala Nerus, Haji Hamidi Jusoh berkata, senario ini menggambarkan bahawa kepimpinan parti Umno masih berfikiran di takuk lama yang telah usang.

“Umno kini menghadapi krisis keyakinan oleh rakyat menyebabkan mereka terdesak menguna apa, sahaja cara untuk memenangi kembali hati pengundi.

“Tidak ada golongan pelapis yang berwibawa, yang boleh memberi idea-idea baharu dalam memberi tawaran kepada rakyat Terengganu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, parti Umno masih membawa gaya kepimpinan yang lama dan politik tidak matang.

“Menguna kesempatan di dalam premis kerajaan dan program rasmi untuk berkempen secara keterlaluan,” ujar beliau.

Tambah Hamidi, rakyat Terengganu akan kekal bersama kerajaan sekarang berdasarkan prestasi YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan negeri.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengapa perlu mengundi PAS kerana parti ini berpegang pada prinsip dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan dasar.

“Satu wadah memperjuangkan Islam sebenar bukan sekadar slogan dan kosmetik contoh semua negeri yang PAS kuasai (majoriti) lesen judi tidak diluluskan.

“PAS tidak menerima pelawaan membentuk kerajaan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum(PRU) ke-15 kerana menolak DAP yang cauvinis.

Katanya, PAS sebuah parti yang tidak gila kuasa dan kebendaan semata.

“Dalam memperjuangkan pelaksanaan RUU355 sbgainya, PAS tetap berpendirian ianya perlu diluluskan walaupun mengambil masa yang panjang dan disana atau sekatan dan peraturan perlu dipatuhi.

“PAS sebuah parti yang amanah dan bersih dan tidak ada pemimpin tertinggi PAS yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.

“Dan PAS sangat mementing akhlak bahkan di dalam perlembangaan ada syarat seorang ahli tidak boleh melakukan dosa besar dan beterusan melakukan dosa kecil,” tegasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar rakyat negeri ini membuat pilihan yang terbaik dan pertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“PAS sebuah parti yang menunaikan janji sebagai contoh PAS menawarkan 20 janji manifesto.

“Dan bila memerintah negeri Terengganu, PAS melunaskan janji tersebut,” tambah Hamidi lagi.