Home Berita PAS Sabah
91
SHARE

Ziarah kasih PAS Keningau rai pelajar cemerlang SPM

Oleh: Mimi Hazwa H.M.Shom

21 Jun 2023

KENINGAU: PAS Keningau melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Keningau mengadakan ziarah kasih bagi meraikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nisrina Nabihah Muhammad Yusob yang telah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam keputusan SPM 2022.

Dalam ziarah kasih tersebut, Muslimat PAS Keningau menyampaikan  cenderahati dan wang saguhati kepada Nisrina Nabihah sebagai tanda meraikan kejayaan dan memberi penghargaan atas usahanya.

Nisrina Nabihah adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (TMUA) mengambil aliran sains komputer yang juga merupakan Alumni Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) As-Syarif Keningau Tahun 2011 dan bercita-cita besar untuk menjadi seorang guru pendidikan Islam.

Ditanya resipi kejayaan cemerlangnya dalam SPM, Nisrina tidak lokek berkongsi tip kejayaan darinya antaranya membuat dan mengikuti  jadual belajar yang konsisten, membuat banyak latihan, rutin bacaan Yasin setiap hari seawal subuh dan paling penting restu dan doa daripada ibu bapa bagi memudahkan dan melapangkan semua urusan.

Hadir dalam ziarah kasih PAS Keningau ialah Norazian Sapiai Ketua Dewan Muslimat PAS Keningau( DMPK) dan Timbalannya Sapiai Rafiah laiman serta Ketua Lajnah Pendidikan DMP Keningau Warda Izzati Sadim.