Home Berita PAS Terengganu

Umno dan ‘modal tanah’ untuk pilihan raya

290
SHARE

DUNGUN – Tanah, sekian lama menjadi ‘modal politik’ Umno-BN untu meraih undi pada setiap kali pilihan raya sebelum tahun 2018, namun ia berubah, apabila PAS menang pada PRU lepas.

Menurut seorang warga emas, Ahmad Kadir, 72, Umno mengumpan dan menakut-nakutkan rdengan ‘soal tanah’ dijadikan sebagai ‘pancing undi’.

Beliau berkata, keluarganya pernah dikepung oleh sepasukan anggota polis atas arahan ‘orang atasan’ untuk menghalau mereka daripada rumah yang mereka diami.

Tambahnya, beliau sedar tanah tersebut bukan miliknya, tetapi beliau berhak katas tanah yang telah ‘dihidupkannya’ sejak puluhan tahun lalu.

“Kita bukan tidak memohon, setiap kali hendak pilihan raya, keluar borang, kita isi, tapi gitu lah lepas pilihan raya senyap,

“40 tahun lalu saya bersama ayah meneroka tanah ini dengan menebang pokok dua pemelok dengan hanya menggunakan kapak dan golok, tidak mudah sebenarnya, banyak kisah pahit, mengalir air mata bila kenang balik,

“Jadi Alhamdulillah hari dapat ada sinarlah untuk tanah tempat kita tinggal dan bercucuk tanam akan jadi milik kita,” ujarnya dengan ‘mata berkaca’.

Tanah tempat tinggalnya itu kini, sah menjadi miliknya apabila kerajaan PAS telah meluluskan dan menyerahkan surattan pemilikan kepadanya.

Berkongsi kisah duka yang sama, Kamariah Dollah, 60, (Gambar atas) berkata, tanah beliau asalnya diusahakan untuk bercucuk tanam itu telah dipohon hak milik, namun tidak diberi oleh kerajaan Umno.

Usaha naik turun pejabat dan ‘kelek fail’ permohonan tanah diambil alih beliau, setelah ayahnya uzur sudah tidak berdaya lagi.

Ustaz Azman Shapawi

“Kini ayah sudah tiada, baru diluluskan, itu pun oleh kerajaan PAS. Sebelum ini, bila nak pilihan raya, Jawatankuasa Kerja Kampung (JKK) akan edar borang tanah tapi lepas pilihan raya senyap balik,

“tapi Alhamdulillah kerajaan PAS tidak mungkir janji, hari tu bila dimaklumkan lulus….baru tengok Borang 5A, air mata menitis doh, “katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Setelah PAS menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), disamping menyelesaikan permohonan yang sekian lama tidak diluluskan, kerajaan Terengganu juga telah mengembalikan kesemua tanah yang telah dirampas oleh Umno sejak tahun 2004.

Setelah lima tahun mengambil alih kerajaan, mengimbau kisah lampau, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata, Umno-BN sebenarnya bukan sahaja merampas tanah, tetapi ‘merenggut’ seluuruh kehidupan rakyat.

“bila merampas kekuasaan daripada PAS pada 2004, Umno balas dendam, telah merampas tanah-tanah yang telah diberi kepada rakyat kecuali yang ada geran.

Seorang penerima tanah pemberian kerajaan PAS dalam DUN Rantau Abang

“Mereka merampas tanah-tanah yang telah kita keluarkan borang 5A, tanah ‘tol’ pertanian yang diatas tanah tersebut sudah ditanam dengan bermacam-macam tanam mereka rampas dan memberikannya kepada orang-orang Umno,” jelasnya.

Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun itu juga melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Umno-BN ketika itu yang diterajui oleh Idris Jusoh, tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“Sebelum keputusan diambil, kita bermesyuarat, berbincang di Pejabat Tanah bersama Pegawai Daerah, bukannya keputusan politik yang dibuat di markas kita,” ujarnya menerangkan, proses pemberian tanah yang dirampas itu adalah mengikut semua prosedur yang betul.

Justeru beliau yang melahirkan kesyukuran diatas kejayaan kejayaan PAS menyelesaikan tanah ‘terkilan’ dan menyerahkan hak yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah itu.

“Alhamdulillah, kerajaan PAS bukan sahaja dapat selesaikan bahkan premium tanah yang kita beri semula itu tetapi pada nilai yang lebih rendah, iaitu harga premium tanah pada tahun 1999.” Jelas beliau.