Home Berita PAS Perlis

Perlis galakkan kemasukan pelabur wujudkan peluang pekerjaan

56
SHARE

 

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 14 Jun: Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelabur ke negeri ini bagi memastikan peluang pekerjaan untuk rakyat tersedia luas.

Menurut Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, faktor kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menentukan sebarang keputusan.

Justeru ujarnya, mana-mana pihak yang berhasrat untuk melabur di negeri ini perlulah memastikan mereka mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.

“Ramai anak muda di negeri ini perlukan kerja sebenarnya.

“Itulah yang kita hasratkan supaya setiap pelaburan yang masuk ke negeri Perlis ini, mereka mesti mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak khasnya untuk anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang berlangsung di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Isnin lalu.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching.

MoU berkenaan antara lain bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam program pembangunan industri kenaf melalui gerakan koperasi di Malaysia bagiย menggalakkan penglibatan syarikat swasta membuat pelaburan baharu dalam industri kenaf.

Inisiatif berkenaan diharapkan mampuย menjana pasaran yang lebih kompetitif selain mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai segmen industri di peringkat domestik dan antarabangsa.