Home Berita PAS Terengganu

𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗪𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗧 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗨𝗠𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟯

572
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius penganjuran konsert Malam Galau UMT 2023 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penganjuran konsert ini jelas menjadi duri dalam daging bagi meracuni pemikiran dan budaya rakyat Terengganu yang jelas mengotorkan pemikiran anak muda dengan budaya hedonisme.

DPPNT tidak menolak hiburan, tetapi penganjuran konsert perlu mengambil kira sensitiviti agama dan masyarakat di negeri ini.

Sebagai pemuda yang berpegang kepada nilai-nilai intelektual, moral dan etika yang tinggi, kita harus memberikan contoh yang baik dalam segala aspek kehidupan, termasuk dalam acara-acara sosial dan hiburan.

DPPNT juga ingin menyeru kepada pihak UMT agar dapat mengambil tindakan yang segera terhadap penganjuran konsert ini yang jelas melampaui batas dan garis panduan hiburan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 seperti berikut :

1. Perkara 2. (2) (b) Garis panduan hiburan negeri Terengganu – Rentak lagu hendaklah berbentuk mendorong penonton melakukan tindakan yang baik dan tidak merosakkan adab kesopanan serta menimbulkan fitnah seperti melompat, menjerit dan bersorak dalam keadaan di luar kawalan.
2. Perkara 3. (1) Garis panduan hiburan negeri Terengganu – Wujud pengasingan antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan supaya tiada percampuran yang boleh menimbulkan fitnah.
3. Perkara 3. (5) Garis panduan hiburan negeri Terengganu – Selari dengan kehendak syarak dan uruf masyarakat setempat.
4. Perkara 6 (2) Garis panduan hiburan negeri Terengganu – Mengawal audiens dengan menyediakan langkah-langkah kawalan keselamatan bagi mengelakkan sebarang bentuk huru-hara, provokasi dan kegelisahan dalam kalangan audiens, mengawal percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram secara melampau serta mendapatkan kerjasama pihak berwajib dalam menangani sebarang kecemasan yang mungkin berlaku sepanjang program berlangsung.

Justeru itu, DPPNT mengajak semua pihak termasuk universiti, mahasiswa, dan komuniti setempat untuk bekerjasama dalam memastikan acara-acara seperti ini dijalankan dengan sempurna, mematuhi peraturan, dan menghormati norma sosial yang wujud.

𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑬𝒔𝒂
𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎
𝐷𝑒𝑤𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝑃𝐴𝑆 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑇𝑒𝑟𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑛𝑢