Home Berita PAS Sabah

Mangsa kebakaran syukur terima sumbangan PAS

74
SHARE

Oleh Suziana Ghani
12 Jun 2023

KUNAK: Mangsa kebakaran bersyukur menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Muslimat PAS Kunak kelmarin.

Menurut Misfar Gafar, ibunya ibu tunggal, menjaga makciknya seorang orang kurang upaya (OKU) dan datuknya.

“Semasa kejadian, ibu telah menyelamatkan makcik terlebih dahulu, kemudian barulah membantu datuk yang sudah tua.

“Ibu redha dengan ujian yang menimpa kami dan tidak pernah mengeluh. Mungkin Allah uji sebab sayang kami,” katanya kepada petugas semasa diziarahi.

Terdahulu sebanyak enam buah keluarga telah terlibat kebakaran di Kampung Jaya Baru,di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, turut memusnahkan sebuah bengkel kereta.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Lahad Datu, Maimunah Mahmud serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Faizan Suardi.