Home Berita PAS Pahang

Futsal Belia pupuk ukhwah

39
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 11 Jun ♦ PAS Kampong Padang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Semambu (PKMPDS) dan Jawatankuasa Pemuda PAS Kampong Padang telah berjaya menganjurkan Futsal Belia di Padang Futsal Rainbow Centre di sini baru-baru ini.

Pertandingan futsal tersebut melibatkan anak muda sekitar Taman Kampong Padang Jaya, Taman Impian dan Kampong Padang bertujuan untuk membina ukhwah dan membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat.

Seramai 35 orang anak muda menyertai pertandingan ini dalam lengkaran umur 14 hingga 21 tahun, dengan setiap penyertaan satu pasukan seramai 7 orang menjadikan 5 pasukan yang terlibat.

“Program ini adalah sentuhan awal terhadap minat anak muda dan akan diusahakan untuk dibawa ke peringkat Zon DUN Semambu sebagai program susulan”, kata Pengerusi PKMPDS Ustaz Zulfadli Zakaria.

Beliau seterusnya berharap agar lebih banyak usaha dapat dibuat untuk menyentuh lebih ramai anak-anak muda di setiap cawangan dan sekaligus di peringkat DUN.

Zulfadli Zakaria juga adalah Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota.